Polisi

  • Masa mendaftar MASUK adalah pada pukul 2:00 Petang dan masa mendaftar KELUAR adalah pada pukul 12:00 Tengahari. (Boleh check-in awal & Boleh check-out lewat tetapi bergantung kepada tempahan semasa dan juga persetujuan kami (tuan rumah).
  • DILARANG membawa keluar segala kelengkapan dan peralatan yang terdapat di dalam homestay tanpa kebenaran pihak kami.
  • DILARANG membawa makanan dan minuman yang TIDAK HALAL ke dalam homestay.
  • DILARANG menggunakan homestay ini untuk kegiatan haram dan tidak bermoral.
  • Kunci homestay yang HILANG akan dikenakan bayaran denda sebanyak RM50.00.
  • Jika terdapat sebarang kerosakkan (kelengkapan/peralatan rumah) berlaku,  pihak kami berhak menuntut bayaran GANTI RUGI atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
  • SILA pastikan semua pintu dan tingkap dikunci/ditutup semasa anda tidur atau keluar.
  • DILARANG membuat kunci pendua tanpa pengetahuan/kebenaran pihak kami.
  • SILA buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
  • DILARANG MEROKOK di dalam rumah bagi tujuan keselamatan bersama.
  • DILARANG membawa masuk binatang peliharaan.
  • TIDAK DIBENARKAN membuat bising sehingga boleh menganggu ketenteraman jiran-jiran yang berdekatan.
  • DILARANG memaku, menconteng atau mengubah suai dinding di dalam atau di luar homestay.
  • PASTIKAN semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda mendaftar keluar.
  • PASTIKAN semua suis termasuk kipas, penghawa dingin dan lampu ditutup setiap kali apabila keluar meninggalkan homestay untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
  • SEGALA kehilangan barangan peribadi, kemalangan dan keselamatan tetamu adalah di bawah pengawasan dan tanggungjawab tetamu sendiri. Pemilik homestay tidak akan bertanggungjawab di atas segala kelalaian pihak tetamu.
  • JIKA ingin membuat tempahan, boleh membuat bayaran deposit RM100 untuk 1 malam. Baki bayaran penginapan hendaklah dijelaskan semasa kunci diberi atau check-in
  • PERHATIAN!!! DEPOSIT YANG TELAH DIBERI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN JIKA ANDA MEMBUAT PEMBATALAN TEMPAHAN....